Diana Rafar mengalami keguguran minggu lalu.

KUALA LUMPUR – Pelakon, Diana Rafar merakamkan ucapan penghargaannya kepada semua pihak yang tidak henti mendoakan kesihatannya sepanjang menjalani rawatan di hospital.

Menurut Diana, keadaanya pada ketika ini telah pun beransur pulih dan dia juga telah dibenarkan untuk pulang ke rumah.

Minggu lalu, Diana yang isteri kepada pelakon Zamarul Hisham disahkan mengalami keguguran kandungan pada usia dua bulan.

“Assalamuailaikum apa khabar semua? Harap semua dalam keadaan sihat dilimpahkan kesihatan dan rezeki yang berkat.

“Nak cakap terima kasih kat semua followers kesayangan Diana yang sangat baik and ambik berat kat Diana.

“Tak tahu nak balas macam mana dm and doa you all semua Allah je yang dapat balas doa tu berbalik pada yang mendoakan Diana.

Thank you so much. Diana ok je. Rehat-rehat kat rumah dah, alhamdullilah.

“Diana harap you all semua pun ok sihat sejahtera dijauhkan dari wabak dan penyakit. Stay safe tau. Sayang korang semua,” tulisnya.

Ucapan tersebut dikongsikan ibu kepada tiga orang cahaya mata itu menerusi slaman Instagram miliknya.

Zamarul Hisham (dua dari kiri) dan Diana Rafar (dua dari kanan) bersama anak-anak.

Minggu lalu, media melaporkan Diana reda apabila terpaksa menggugurkan kandungannya yang baru sahaja berusia dua bulan.

“Saya tidak tahu pun saya hamil sebenarnya. Cuma sekitar minggu lalu, saya alami pendarahan dan diberitahu doktor bahawa saya sedang hamil dua bulan.

“Tetapi selepas beberapa hari, tekanan darah saya sangat rendah iaitu bawah 70 dan kerap berasa hendak pitam, jadi doktor sarahkan supaya saya ‘cuci’ kandungan (terpaksa digugurkan). Mungkin kerana janin pun sudah tidak elok.

“Allah SWT adalah sebaik-baik perancang. Mungkin ada hikmah disebaliknya. Lagi pula anak ketiga saya masih belum berusia setahun.

“Dengan situasi pandemik Covid-19 yang masih buruk, saya tertanya-tanya juga sama ada saya mampu (untuk hamil) pada ketika ini,” katanya. – MalaysiaGazette