Dari kiri, Mohamed Salah, ROberto Firmino, Fabinho dan Elisson disekat daripada menyertai tugas antarabangsa bersama Mesir dan Brazil dalam aksi Kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 mulai minggu hadapan. Kredit foto, AP dan Reuters.

LONDON – Liverpool menyekat empat pemainnya beraksi pada perlawanan kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 berikutan kebimbangan mengenai peraturan kuarantin kendiri Covid-19 yang dikuatkuasakan untuk pemain yang merentas negara.

Empat pemain itu ialah Mohamed Salah, Roberto Firmino, Fabinho dan Alisson.

Salah disenaraikan bagi perlawanan Mesir menentang Gabon dan Angola sementara tiga pemain Brazil perlu melapor diri untuk tiga aksi kelayakan Piala Dunia mulai minggu depan.

Brazil dan Mesir berada dalam senarai merah pelancongan United Kingdom yang bermakna pemain perlu menjalani kuarantin 10 hari di hotel sejurus pulang ke England sebelum dibenarkan menyertai kelab masing-masing.

Liverpool dikatakan telah menulis surat kepada Mesir untuk menyekat Salah menyertai pasukan kebangsaan.

Pada awalnya Liverpool tidak berhasrat menghalang Salah bermain dengan pasukan kebangsaan Mesir menentang Gabon memandangkan Gabon berada dalam senarai kuning.

Namun, pertembunan Angola di Kaherah dikhuatiri Salah dikuarantin selepas pulang ke England memandangkan ibu negara Mesir itu berada dalam senarai merah.

Kesemua empat pemain itu mungkin akan terlepas aksi Liverpool menentang Leeds United jika mereka mewakili pasukan negara masing-masing.

Sementara itu, Mesir meminta Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) memberi pengecualian perjalanan bagi membolehkan Salah beraksi untuk negaranya tanpa menjalani kuarantin kendiri apabila balik ke United Kingdom. – Dailymail.com.