Kylian Mbappe. Kredit Foto: Laman rasmi PSG.

PARIS – Paris Saint Germain (PSG) berpeluang tipis untuk menyimpan Kylian Mbappe di Ligue 1 apabila akur dengan keputusan pemain itu menolak tawaran lumayan keduanya.

Radio Perancis RMC melaporkan PSG menawarkan kontrak bertempoh lima tahun kepada penyerang muda Perancis itu.

Namun Mbappe, 22, dikatakan telah menolak kontrak itu.

The Parisians tidak mahu membiarkan pemenang piala dunia itu meninggalkan Paris namun kini dikatakan sudah bersedia untuk melepaskan pemain itu.

Mbappe merupakan penerima gaji termahal ketiga dalam kelab itu selepas Lionel Messi dan Neymar.

Kontrak semasa Mbappe berakhir pada Jun 2022 dan bersedia untuk berhijrah ke Santiago Berbaneu untuk menyertai Real Madrid.

Bagi membolehkan Mbappe menyertai kelab idamannya musim depan, pertamanya kelab La Liga Sepanyol, Real Madrid perlu mengemukakan bidaan lumayan kepada pemain itu.

Walaupun Los Blancos dikaitkan kuat dengan pemain itu, sehingga kini tiada sebarang tawaran rasmi diterima oleh PSG.-Dailymail.com.