Bomba mengangkat mayat seorang lelaki yang ditemui mati di rumahnya di Pangsapuri City Height, Jalan Sungai Chua, Kajang, hari ini. Gambar: Ihsan JBPM

KAJANG – Bau busuk yang tidak menyenangkan dari sebuah rumah berkunci akhirnya menjawab persoalan penduduk sekitar.

Bomba dan Penyelamat dari Kajang menerima panggilan dari pengadu mengenai insiden itu sekitar jam 9.19 pagi tadi.

Komander operasinya, Mohd Jaslizad Jalil berkata bertindak atas panggilan itu, jentera bomba dan kenderaan pacuan empat roda di kejarkan ke alamat Pangsapuri City Heights, di Jalan Sungai Chua Kajang.

“Kami tiba di lokasi jam 9.24 pagi bersama polis dan pegawai perubatan Kementerian Kesihatan.

“Semasa sampai di lokasi dan pemeriksaan mendapati pintu rumah mangsa terkunci dari luar.

”Bomba membuka pintu rumah berkenaan dengan menggunakan peralatan gergaji elektrik sebelum masuk ke dalam dan PDRM membuat pemantauan di dalam rumah itu.

Bomba mengangkat mayat seorang lelaki yang ditemui mati lebih empat hari dalam rumahnya di Pangsapuri City Height, Jalan Sungai Chua, Kajang, hari ini. Gambar: Ihsan JBPM

“Siasatan mendapati mangsa, 41, meninggal dunia, dipercayai lebih empat hari berada di atas kerusi di ruang tamu rumah berkenaan dalam posisi duduk dan bersandar,” katanya dalam kenyataan tengahari tadi.

Malah keadaan mayat juga sudah kembung dan mengeluarkan cecair.

Selepas berjaya membuka pintu rumah berkenaan, pasukan bomba dibantu pihak polis dan KKM mengusung keluar mayat mangsa sebelum diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut proses bedah siasat di hospital.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast