Real Madrid mengemukakan bidaan 137 juta pound kepada PSG untuk mendapatkan penyerang muda Kylian Mbappe. Foto Kredit: Laman web rasmi PSG

LONDON – Real Madrid akhirnya mengemukakan bidaan pertama bernilai £137 juta (RM791.9 juta) untuk penyerang muda Paris Saint Germian Kylian Mbappe.

Namun bidaan pemula itu dijangka ditolak oleh kelab gergasi Ligue 1 Perancis.

Bidaan berjumlah besar itu telah disahkan oleh kelab La Liga Sepanyol itu kepada Sportsmail, sekali gus akan mengorak langkah  PSG mendapatkan Cristiano Ronaldo.

Los Blancos memantau perkembangan Mbappe sejak pemain itu menyertai PSG dari Monaco pada 2017.

Kontrak Mbappe akan berakhir pada Jun 2022 dan setakat ini dia dilaporkan sudah menolak tiga pakej kontrak lumayan dari PSG yang terus berpeluh dalam memujuk dan mahu memastikan pemain itu terus kekal di Paris.

Media di Perancis mendakwa bahawa bidaan baharu yang dikemukakan the Galacticos tidak akan dilayan PSG.

Bagaimanapun tercetus persoalan tentang kemampuan Real Madrid untuk mengeluarkan dana sebesar itu untuk mendapatkan Mbappe sedangkan status kewangan kelab itu terjejas akibat Covid-19.

Madrid juga tidak aktif dalam pasaran merekrut pemain baharu ke kelab dan sekadar membawa masuk seorang pemain sahaja iaitu David Alaba dari Bayern Munich sementara menjual Martin Odegaad kepada Arsenal dan Raphael Varane kepada Manchester United.

Pun begitu laporan terkini di Paris yang memetik berita Radio Perancis RMC pada malam Isnin bahawa PSG bersedia melepaskan Mbappe meninggalkan kelabnya.- Dailymail.com.

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast