Negara kembali mencatatkan penurunan jumlah jangkitan baharu Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 22,070 kes pada hari ini berbanding rekod tertinggi dilaporkan semalam.

KUALA LUMPUR – Negara kembali mencatatkan penurunan jumlah jangkitan baharu Covid-19 dengan mencatatkan sebanyak 22,070 kes pada hari ini berbanding rekod tertinggi dilaporkan semalam.

Semalam sebanyak 24,599 kes baharu Covid-19 dilaporkan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, bilangan kes hari ini menjadikan jumlah kumulatif  jangkitan setakat ini meningkat kepada 1,662,913.

Lapan negeri mencatatkan empat angka di mana Selangor kekal dengan kes harian tertinggi dengan 5,920 kes disusuli Sabah dengan 3,010 kes; Sarawak (2,224); Kedah (2,072); Pulau Pinang (1,829); Johor (1,809); Kuala Lumpur (1,068) dan Kelantan (1,051).

Negeri lain turut mencatatkan peningkatan kes iaitu Perak dengan 939 kes; Pahang (610); Melaka (589); Terengganu (488); Negeri Sembilan (338); Perlis (76); Putrajaya (39) dan lapan kes di Labuan,” katanya di hantaran Facebook miliknya hari ini. – MalaysiaGazette