Man City menggantung pemainnya Benjamin Mendy kerana ditahan dalam kes rogol gadis bawah umur. Foto Kredit: PA Media

LONDON – Bintang Manchester City, Benjamin Mendy telah ditahan polis atas dakwaan terlibat dalam jenayah rogol gadis bawah umur.

Pemain pertahanan berusia 27 tahun itu berhadapan empat pertuduhan rogol dan satu dakwaan gangguan seksual, kata polis Cheshire pada Khamis.

Kesemua dakwaan itu berkaitan tiga laporan polis gadis berusia 16 tahun yang dikatakan menjadi mangsa rogol.

Mendy disyaki melakukan jenayah serius itu antara Oktober 2020 dan Ogos tahun ini.

Mendy telah ditahan direman oleh polis dan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Chester pada Jumaat.

Mendy beraksi dalam aksi Liga Perdana Inggeris musim lalu sejak berhijrah dari Monaco dengan yuran £52 juta pada 2017.

Jurucakap polis Chester memberitahu bahawa proses pendakwaan ke atas Mendy dilaksanakan di mahkamah hari ini dan dia berhak mendapatkan perbicaraan seadilnya.

Sementara itu, Manchester City dalam satu kenyataan rasmi dan ringkas mengesahkan pemain itu digantung dari kelab sehingga proses siasatan dan perbicaraan terhadapnya selesai di mahkamah.

“Perkara ini tertakluk kepada proses perundangan dan kelab berpendirian tidak mengulas lanjut seingga proses siasatan dilengkapkan sepenuhnya,” kata Etihad. – BBCSport.com

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast