MUDA Melaka state election wasted opportunity #KerajaanGagalLagi #KerajaanGagal2.0 #KabinetGagal2.0 UMNO Ismail Sabri Yaakob new cabinet Syed Saddiq
Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

KUALA LUMPUR – Presiden Ikatan Demokratik Malaysia (Muda) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyifatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob telah melepaskan  peluang dalam pemilihan barisan Kabinet baharunya hari ini.

Ahli Parlimen Muar itu berkata, Ismail Sabri sepatutnya melantik Ahli Parlimen Pengerang Datuk Seri Azalina Othman Said, Ketua Pemuda UMNO, Datuk Dr Asyraf Wajdi, Ketua Penerangan UMNO, Shahril Hamdan dan Timbalan Ketua Pemuda PAS Ahmad Fadhli Shaari.

Malah lebih mengecewakan, perdana menteri telah memilih bekas menteri yang jelas tidak mempunyai prestasi yang baik dan rekod buruk.
“Inilah sebab utama kenapa UMNO kononnya ingin menumbangkan Kerajaan Gagal sebelum ini. Tapi, apabila UMNO ada kuasa melantik Kabinet baru, benda sama juga yang dibuat. Kabinet Gagal 2.0.
“Sama sahaja dengan Kabinet lantikan bekas PM sebelum ini. Saya melihat pengumuman Kabinet dari Perdana Menteri sebentar tadi sebagai satu “wasted opportunity” untuk melantik individu yang bagus, ada komitmen untuk membina negara seperti YB Azalina Othman, Dr Asyraf Wajdi, Saudara Shahril Hamdan, YB Ahmad Fadhli Shaari dan lain-lain.
“Mengapa lantik lagi Menteri yang jelas tidak mempunyai prestasi yang baik? Mengapa pemimpin yang ada rekod buruk masih lagi jadi sebahagian dari Kerajaan ini?
“Jadi Kerajaan Gagal sebelum ini hanya mengambil cuti lebih kurang dua minggu sebelum kembali masuk bertugas,” tulisnya di hantaran Facebook sebagai reaksi kepada  pengumuman Kabinet baharu oleh Perdana Menteri Kesembilan. – MalaysiaGazette