Lokasi lombong tembaga Las Bambas milik MMG Ltd di Cotabambas, Peru. foto Reuters

LIMA – Sebuah bas di pergunungan Andes yang digunakan mengangkut pekerja di lombong tembaga Las Bambas milik MMG Ltd terjunam menyebabkan sekurang-kurangnya 15 orang terbunuh dan tiga lagi cedera.

Kemalangan itu berlaku di wilayah Cotabambas di daerah Apurimac, menurut radio RPP.

MMG yang dimiliki syarikat China belum mengulas kejadian tersebut.

Lombong Las Bambas merupakan salah satu lombong terbesar di Peru, terletak di antara wilayah Cotabambas.

Peru adalah pengeluar tembaga kedua terbesar di dunia.

Kemalangan melibatkan bas terjunam dari tebing tidak jarang berlaku di Peru.

Pergunungan Andes melintasi sepanjang negara, dengan jalan berliku menghadap tebing tinggi.

RPP melaporkan bas itu jatuh dari ketinggian 200 meter (656 kaki). – Reuters

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast