IGP Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani EMCO vaccination
Acryl Sani Abdullah Sani

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang membuat semakan dengan agensi keselamatan luar negara mengenai kesahihan laporan berita yang mendakwa  warga Malaysia ditahan oleh pihak Taliban kerana penglibatan mereka sebagai anggota Islamic State (IS) di Afghanistan.

Ketua Polis Negara Datuk Seri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, PDRM sedia maklum mengenai laporan berita tersebut.

Namun katanya, polis tidak mempunyai maklumat penuh berhubung penglibatan mereka dengan IS di negara yang baru dikuasai sepenuhnya oleh Taliban.

“PDRM mengambil maklum terdapat laporan berita bahawa dua rakyat Malaysia telah ditahan oleh pihak berkuasa Taliban di Afghanistan, ekoran penglibatan mereka sebagai pejuang Islamic State (IS).

Dalam kenyataannya, beliau berkata, PDRM telah mengemukakan permohonan rasmi kepada agensi-agensi keselamatan luar negara bagi mengesahkan laporan serta dakwaan berkenaan.

“Siasatan juga sedang dijalankan berhubung kemungkinan berita yang dilapor tersebut, melibatkan anggota IS warganegara Malaysia yang telah sedia ada berada di luar negara,” tegas beliau.- MalaysiaGazette