Cristiano Ronaldo bakal kembali ke Old Trafford selepas 11 tahun kali ini.Foto Kredit: Instagram rasmi Ronaldo

ROM – Pengurus Juventus, Massimiliano Allegri mengesahkan bintang  mereka, Cristiano Ronaldo akan meninggalkan the Old Lady.

Berita tergempar itu didedahkan oleh Allegric selepas pemain sensasi itu meluangkan masa 40 minit mengucapkan selamat tinggal kepada rakan sepasukannya.

Malah dalam perkembangan sama, status wartawan tersohor sukan bola sepak dunia, Fabrizio Romano dalam ciapan Twitternya mengesahkan pemain itu dalam proses akhir untuk kembali ke Old Trafford.

Pemain berusia 36 tahun itu yang dilaporkan kononnya sudah bersetuju kontrak dengan Manchester City dan telah tiba ke pusat latihan hari ini untuk merakamkan penghargaan terakhir sebelum meninggalkan the Old Lady.

Pemain itu dikatakan sudah berlepas dengan jet peribadinya meninggalkan Itali bersama keluarganya.

Berita terkini di Milan mendedahkan laporan bintang Portugal itu akan menyertai Etihad gagal direalisasikan.

Ronaldo difahamkan sudah mengadakan perbincangan bersama bekas bapa angkatnya di Man United, Sir Alex Ferguson sebelum membuat keputusan mengejut untuk kembali ke kelab kesayangannya yang kini diuruskan oleh Ole Gunnar Solskjaer.

Man City dikatakan sudah berputus asa untuk mendapatkan khidmat bekas pemain Real Madrid itu sekaligus membuka pintu luas kepada Man United untuk membawa pulang pemain itu selepas 11 tahun meninggalkan Theatre of Dreams.

“Semalam, Ronaldo jumpa saya dan berterus terang bahawa dia tidak lagi berminat untuk Juventus dan dia tidak akan beraksi dalam perlawanan berdepan Empoli.

“Dia kini mencari kelab baharu selepas tiga tahun bersama kami,” katanya.

Kenderaan pacuan empat roda milik Cristiano Ronaldo tiba ke pusat latihan Juventus untuk ucapan selamat tinggal kepada rakan sepasukannya pada pagi Jumaat.Foto kredit: Twitter@Calciomerchatoit

Ronaldo dikatakan hilang semangat untuk kekal bersama the Old Lady selepas tersingkir dari kempen Liga Juara-Juara Eropah musim lalu.

Penyokong Man United yang pada mulanya terkejut dan marah dengan keputusan mengejut tetapi bertukar gembira dengan perkembangan terkini yang dikongsi Romano apabila perjanjian dengan skuad Pep Guardiola dikatakan gagal dimeterai.

Ronaldo meninggalkan Man United di bawah bimbingan Ferguson pada tahun 2009 dengan rekod dunia £80 juta ke Real Madrid sebagai pemain termahal di dunia.

Romano dalam media sosial mengemaskini berita terbaharu melibatkan pemain itu bahawa potensi Ronaldo kembali ke Old Trafford di peringkat akhir untuk dimuktamadkan.

“Manchester United telah mengemukakan bidaan rasmi kepada Juventus untuk khidmat Ronaldo engan kontrak rasmi bertempoh dua tahun sehingga 2023.

“Juventus bersedia bersetuju dengan tawaran yang diterima dari Old Trafford dan perjanjian dimuktamadkan dengan nilai yuran berjumlah 28 juta Euro atau RM138 juta,” kata Romano.-Dailymail.com