Warga asing beratur menaiki pesawat untuk keluar dari Afghanistan. foto Reuters

 

KABUL – Pasukan Taliban telah mengambil alih kedudukan di lapangan terbang Kabul dan bersiap sedia untuk mengambil kawalan penuh seawal hujung minggu ini, sebaik sahaja pasukan tentera Amerika Syarikat keluar, menurut pemimpin kanan Taliban.

Seorang komander kanan berkata, pasukan Taliban telah mengambil alih sebahagian besar lapangan terbang, “bukan hanya sebahagian kecil ketika warga Amerika masih berada di sini.”

Seorang pegawai kedua pula mengatakan pasukan itu sudah sedia untuk menguasai sepenuhnya, sambil menambah: “Ini hanya tinggal beberapa waktu lagi.”

“Sebaik sahaja Amerika pergi, mereka hanya perlu memberi isyarat kepada kami dan kami akan mengambil alih.

“Penguasaan penuh ini dapat dilakukan seawal hujung minggu ini,” katanya.

Namun setakat ini tiada sebarang kenyataan daripada jurucakap rasmi Taliban. – Reuters

1 Komen

Comments are closed.