KABUL – Kementerian Pertahanan Britain memuat naik gambar kumpulan terakhir askarnya yang diangkut keluar dari Kabul, Afghanistan.
Dalam ciapannya, ia merakamkan ucapan penghargaan atas khidmat yang telah dilakukan sepanjang berada di negara itu.
Penghantaran pulang itu dibuat selepas berakhirnya operasi yang dilakukan untuk membawa keluar warga Britain termasuk diplomat yang terkandas di Afghanistan.
Kerja-kerja mengangkut keluar melalui Lapangan Terbang Hamid Karzai, di saa-saat akhir menjadi bertambah berisiko ekoran ancaman Daesh.
Dalam insiden pada Khamis lalu, lebih 170 maut termasuk 13 askar Amerika Syarikat apabila mereka menjadi sasaran penyerang nekad, pengganas Daesh.
Namun begitu, London memutuskan segala operasi pemindahan perlu dilakukan sebelum tarikh tamat yang diberikan berakhir, 31 Ogos ini.
Sejak kejatuhan semula negara itu ke tangan Taliban pada pertengahan bulan ini, London berusaha untuk membawa pulang rakyatnya.
Sepanjang tempoh dua minggu, lebih 15,000 orang telah berjaya diterbang keluar.- MalaysiaGazette