Zouma melengkapkan perpindahan dari Stamford Bridge ke skuad Hammers dengan menandatangani kontrak empat tahun. Kredit Foto: laman web rasmi WHUFC

LONDON – Bintang pertahanan Chelsea, Kurt Zouma melengkapkan perpindahan ke West Ham United semalam.

The Hammers telah mengikat kontrak empat tahun dengan yuran bernilai £29.8 juta bersama pemain itu.

Zouma, 26, telah menjulang dua gelaran Liga Perdana Inggeris bersama the Blues, Liga Juara-Juara Eropah dan Piala Liga sepanjang tujuh tahun di Stamford Bridge.

Zouma juga melakukan lapan penampilan bersama pasukan Perancis dan dipinjamkan ke Saint Etienne, Stoke City dan Everton oleh Chelsea.

“Saya gembira dan bangga menyertai pasukan yang terbaik dala EPL.

“Perbualan saya dengan pengurus Hammers (David Moyes) berlangsung begitu pantas sekali. Saya dapat merasakan dia sangat berharap saya menyertai pasukannya untuk mencapai lebih banyak kejayaan khususnya bersama pasukan yang memulakan musim dengan baik sekali menghuni takhta liga,” katanya.

Zouma menyertai Chelsea semasa berusia 19 tahun dari Saint Etienne pada Januari 2014 dan melakukan 151 penampilan untuk the Blues dan menjaringkan 10 gol setakat ini.

Namun dia tidak tersenarai dalam projek pembangunan pasukan baharu di bawah bimbingan Thomas Tuchel yang sedang mengintai pemain Sevilla berusia 22 tahun, Jules Kounde untuk menggantikannya.

West Ham menggungguli carta liga dengan tujuh mata dari tiga perlawanan selepas seri 2-2 menentang Crystal Palace semalam.

West Ham buat kali pertama dalam sejarah kelab mereka bakal berentap dalam kempen Liga Europa musim ini.-BBCSport.com

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast