Penjaga gol Argentina yang juga pemain Aston Villa bersedia mengingkar sekatan EPL dan menyertai skuad kebangsaan untuk tugas antarabangsa aksi kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 minggu hadapan.Foto Kredit: REUTERS/Henry Romero

LONDON – Para pemain Argentina dalam Liga Perdana Inggeris (EPL) sudah membuat ketetapan untuk mengingkar arahan Liga England yang melarang pemain kelab Inggeris menyertai tugas antarabangsa kelayakan Piala Dunia mulai September ini.

EPL menetapkan larangan itu kerana negara-negara berkenaan termasuk dalam senarai merah United Kingdom.

Ia mencetuskan rasa tidak puas hati dalam kalangan pemain kelab EPL yang kesal mereka dihalang daripada menyertai tugas piala dunia bersama pasukan kebangsaan mereka.

Penjaga gol Aston Villa, Emi Martinez semalam mengesahkan dia akan mengingkar arahan sekatan EPL dan bakal berlepas ke Argentina untuk menyertai pasukan kebangsaan walaupun sudah menerima arahan pengurusnya, Dean Smith supaya kekal bersama kelab.

Argentina berada dalam senarai negara merah Covid-19 dan pemain yang menyertai tugas Piala Dunia dikehendaki kuarantin 10 hari secara wajib sebelum kembali bersama tugas kelab mereka.

Sumber terdekat Persatuan Bola Sepak Argentina memberitahu Daily Mail, mereka mengesahkan pemain Tottenham, Giovani Lo Celsio dan Cristian Romero akan menyertai skuad Argentina untuk aksi kelayakan Piala Dunia Qatar 2022 menentang Venezuela, Brazil dan Bolivia minggu depan.

Ia satu tindakan berani pemain antarabangsa yang mencabar EPl yang mengumumkan minggu lalu bahawa para pemain yang berdepan kuarantin untuk beraksi di negara senarai merah tidak akan dibenarkan beraksi pasukan kebangsaan mereka kecuali dijamin pengecualian oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA).

Rentetan itu, kelab-kelab EPL dipaksa mengadakan perbincangan tergempar dengan beberapa pemain Amerika Selatan yang meluahkan kekesalan dengan peraturan dihalang dari menyertai tugas antarabangsa.

Jika pemain menyertai pasukan kebangsaan untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia, mereka wajib kuarantin kendiri 10 hari sebelum kembali ke kelab EPL dan ia akan mengakibatkan mereka terlepas dua perlawanan yang dijangka merugikan kelab itu.

Dean Smith tidak pasti sama ada dua pemain Argentina dalam pasukannya Buendia dan Martinez akan menyertai pasukan kebangsaan atau tidak.

“Saya duduk dan bercakap dengan kedua-dua pemain itu dan memaklumkan EPL menyekat mereka daripada menyertai skuad Argentina jadi saya tak pasti kedua-dua pemain ini akan pergi atau kekal di sini.

“Bagi saya, tak sanggup membenarkan mereka pergi untuk tugas antarabangsa dan lagi pun saya tak pasti apa perancangan mereka dan mereka tahu wajib kuarantin kendiri 10 hari di hotel kerajaan sebelum kembali ke kelab,” tegasnya.

Kebanyakan kelab EPL termasuk Manchester United, Liverpool, Chelsea, Tottenham Hotspur dan Arsenal sudah menetapkan larangan tugas antarabangsa terhadap pemain mereka.

Edinson Cavani yang beraksi untuk Red Devils membidas kelab serta EPL atau sekatan tugas antarabangsa yang dikenakan ke atas pemain yang menjadi satu lagi topik serius yang menjadi hiasan berita antarbangsa.- Dailymail.com

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast