Pengarah Tourism Malaysia Wilayah Selatan, Solehuddin Ahmad berkata, beberapa rundingan dilakukan bagi mencadangkan pulau di daerah itu dibuka kepada pengunjung untuk memulihkan semula sektor pelancongan.
Pembukaan pulau di Mersing akan dipastikan mengikut prosedur standard operasi (SOP) yang ketat.
“Free Destination ini digariskan Kementerian Pelancongan,Seni dan Budaya Malaysia. Alhamdulillah usaha telah pun mendapatkan reaksi yang positif.
“Beberapa perbincangan dan mesyuarat telah pun di adakan dan pihak kementerian sendiri telah pun bersetuju sebenarnya,” katanya.
Beliau berkata demikian selepas di Program Imunisasi Covid-19 Kebangsaan Jelajah Pulau Mersing dan Rindu Melancong di sini hari ini.
Menurut Solehuddin, pulau-pulau di Mersing sebagai salah satu daripada lima pulau yang akan diketengahkan pihaknya dan berharap ia bakal menjadi kenyataan.
Tambahnya, sekiranya pulau di Mersing dibuka, SOP terperinci dan ketat akan digariskan bagi mengelakan kewujudan kluster pelancongan.
Bagaimanapun, beliau berkata, imuniti kelompok bagi operator pelancongan perlu mencapai 85 peratus untuk memastikan keyakinan pelancong datang semula ke pulau.
Beliau berkata, pihaknya menyasarkan 100 peratus imuniti kelompok melibatkan operator pelancongan di Mersing dicapai pada 31 Ogos ini.- MalaysiaGazette