Nuno merayu entiti bola sepak dan pihak berkuasa politik di United Kingdom supaya mencari jalan terbaik memudahkan pemain skuad kebangsaan menyertai tugas antarabangsa tanpa kekangan. foto kredit: BBC Sport.com

LONDON – Nuno Espirito Santo merayu bantuan entiti bola sepak dan politik di United Kingdom untuk membantu pemain bola sepak negara yang berada senarai merah untuk menyertai pusingan kelayakan Piala Dunia di Qatar.

Pengurus Tottenham Hotspur itu berkata demikian selepas Liga Perdana Inggeris melarang pemain-pemain kelab England daripada menyertai pasukan kebangsaan mereka untuk perlawanan kelayakan yang akan berlangsung di negara senarai merah mulai minggu ini.

Majoriti negara Amerika Selatan tersenarai dalam buku merah United Kingdom (UK).

Namun dua pemain Spurs Giovani Lo Celso dan Cristian Romero sudah membuat ketetapan berani untuk melanggar arahan EPL dan menyertai pasukan kebangsaan mereka yang juga berada dalam senarai merah Covid-19 UK.

Ini bermakna dua pemain ini akan terlepas aksi Spurs dalam liga kerana mereka akan dikuarantin 10 hari di hotel kerajaan UK selepas pulang dari tugas antarabangsa.

“Bermain untuk pasukan kebangsaan bagi pusingan kelayakan piala dunia adalah impian setiap pemain.

“Kita tidak boleh menghalang mereka (beraksi untuk skuad kebangsaan) tetapi sekurang-kurangnya cubalah cari penyelesaian terbaik supaya mereka pulang dan menyertai pasukan segera,” seru Nuno.

Argentina akan beraksi dalam pusingan kelayakan menentang Venezuela, Brazil dan Bolivia dan kesemua negara itu berada dalam senarai merah UK yang mengkehendaki pemain negara itu menjalani kuarantin 10 hari sebelum kembali bersama kelab mereka.

Dua pemain Aston Villa iaitu penjaga golnya Emi Martinez dan Emi Buendia juga sudah mengambil langkah berani mengingkar arahan EPL dan menyertai pasukan kebangsaan untuk pusingan kelayakan piala dunia.- BBC Sport.com