Arsenal membatalkan kontrak William yang berbaki dua tahun lagi sekali membuka laluan kepada bintang Brazil itu pulang bersama kelab asalnya Corinthians segera. Gambar Kredit: Arsenal FC via Getty Images.

LONDON – Arsenal telah mengesahkan kelabnya mencapai bersetujuan bersama dengan bintang sayapnya Williams dan menamatkan kontraknya selepas 12 bulan kekal di kelab London Utara itu.

Bintang Brazil itu menyertai skuad Mikel Arteta secara percuma musim lalu daripada Chelsea.

Namun pemain itu bergelut untuk mempamerkan aksi yang diharapkan di atas padang dan hanya mampu menjaringan satu gol dalam 37 penampilan bersama the Gunners musim lalu.

Arsenal telah membuat keputusan untuk melepaskan pemain itu musim ini dan kelab Brazil Corinthians berminat untuk khidmat Williams.

Corinthians menjadi penyelamat selepas mengesahkan penghijrahan Williams selepas kontraknya dibatalkan Gunners pada Isnin.

Bagaimanapun gaji mingguan berjumlah £220,000 yang diterima oleh Williams di Emirates dikatakan menjadi perkara getir untuk Corinthians mencari jalan untuk menyelesaikannya walaupun pemain itu bakal kembali ke negara asalnya bersama Corinthians.

Gunners dalam kenyataan rasminya mengesahkan pihaknya mencapai perjanjian bersama untuk menamatkan contrak pemain itu berkuatkuasa Isnin.

“Williams masih berbaki dua tahun dalam kontrak bersama Emirates bagaimanapun persetujuan bersama menamatkan kontraknya selepas setahun bersama kelab ini akhirnya membuka laluan kepada dia untuk kembali ke kelab asalnya Corinthians di Brazil untuk memulakan karier baharunya,” kata the Gunners.- Dailymail.com