Malaysia sudah selesai mengemukakan prostes terhadap pembatalan pingat emas atlet lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli di temasya Paralimpik Tokyo sebentar tadi.

KUALA LUMPUR – Malaysia sudah selesai mengemukakan prostes terhadap pembatalan pingat emas atlet lontar peluru, Muhammad Ziyad Zolkefli di temasya Paralimpik Tokyo sebentar tadi.

Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Faizal AzumuĀ  berkata, Malaysia turut menghantar rakaman CCTV dalam protes berkenaan.

“Update terbaru Tokyo – Protest submitted (Protes selesai dihantar). Termasuk semua bukti CCTV di call room dan luar call room. Doakan,” katanya di Twitter malam ini.

Muhammad Ziyad yang mewakili negara bagi acara lontar peluru memenangi pingat emas dalam acara lontar peluru seterusnya mencatat rekod baharu dunia pada balingan 17.94 meter di kejohanan berprestij itu.

Bagaimanapun, pingat itu ditarik balik memandangkan terdapat protes daripada peserta Ukraine kerana mendakwa Muhammad Ziyad tiba lewat di bilik menunggu.

Menurut Twitter rasmi jawatankuasa penganjur Olimpik dan Paralimpik Tokyo, Tokyo2020, pingat emas diberikan kepada atlet dari Ukraine, Maksym Koval. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Isu tarik balik emas Ziyad masih dalam perbincangan – Peja