Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Kesediaan Pakatan Harapan atau DAP untuk bekerjasama bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bagi memerangi Covid-19 dan mengatasi krisis ekonomi tidak boleh disalah anggap.

Setiauasaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, kerjasama itu tidak akan membentuk kerajaan perpaduan.

“Ini jauh daripada kebenaran. DAP akan tetap berada dalam pembangkang untuk memainkan peranan perlembagaan kami sebagai semak dan imbang terhadap kerajaan, membawa suara rakyat, membela cita-cita dan prinsip serta melawan ketidakadilan.

“Kami bersedia bekerjasama demi untuk melaksanakan reformasi institusi, terutama pindaan perlembagaan yang memerlukan dua per tiga majoriti untuk menggubal undang-undang anti lompat parti,” katanya menerusi hantaran di laman Facebook miliknya, hari ini.

Beliau berkata, DAP bersedia melihat ke hadapan dan mengambil langkah sukar untuk bekerjasama dengan kerajaan baharu dengan mengambil guna Pelan Reset Covid-19 Negara dan Pelan Pemulihan Ekonomi.

Pelan-pelan itu bernilai RM45 bilion untuk mengembalikan negara dan ekonomi kita kepada situasi nomal, ujarnya.

Tambah beliau, rancangan normalisasi itu akan membolehkan penduduk negara ini meneruskan kehidupan, bekerja untuk mencari rezeki dan meneruskan perniagaan.

“Tidak hanya itu, anak-anak boleh kembali ke sekolah dan memberi inspirasi kepada para golongan muda agar mereka boleh menanam cita-cita untuk merealisasikan potensi penuh mereka berbanding masa depan yang gelap akibat ‘total lockdown’ dan bergantung pada bakul makanan,” katanya.

Guan Eng berkata, Malaysia kini seperti terperangkap di dalam mimpi buruk yang tiada henti dengan peningkatan kes Covid-19.

Tambah beliau, bagi menghidupkan kembali Impian Merdeka dengan mengambil tempat dalam kalangan negara maju, perlu ada usaha keseluruhan masyarakat dan kesatuan untuk memenangi pertempuran melawan Covid-19 dan mengeluarkan ekonomi daripada kemelesetan.

“Marilah kita menghidupkan kembali impian Malaysia yang penuh dengan harapan dan potensi masa depan yang lebih cerah untuk semua.

“Marilah kita memperbaiki kedudukan terakhir dalam Indeks Kenormalan Bloomberg daripada 53 negara dengan bangkit untuk menjadi sebuah negara yang bangga, yang memberikan peluang yang sama kepada semua, menyerahkan kepada golongan pakar profesional dan bukan ahli politik yang tidak kompeten untuk membuat keputusan, dan mengembalikan semangat perpaduan seluruh negara supaya kita dapat mengatasi Covid-19 dan krisis ekonomi ini,” katanya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast

1 Komen

  1. kerjasama setelah KEGAGALAN CALON KITAR semula ANWARFIKUN jadi pm…BONGKAK BUSUK HATI kerana penuh yakin jadi pm. MENOLAK tawaran yang diberi TSMY…sebab TAKSUB NOMBOR EKOR
    Akhirnya MENJILAT MUNTAH KENCING mereka sendiri.

    ALHAMDULILLAH negara merdeka dari Golongan Pimpinan Peliwat LGBT Munafik Pemfitnah Kemaruk Kuasa Kaki Nombor dan BEROK2 sakit MENTAL

Comments are closed.