Kakitangan dan petugas mengibarkan jalur gemilang sambil memakai pakaian tradisional untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-64 dengan memakai pakai Kebangsaan bertemakan kemerdekaan ketika di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Taman Bangi Avenue, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 31 OGOS 2021.

BANGI – Walaupun sibuk bertugas sebagai kakitangan dan sukarelawan di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Pusat Konvensyen Bangi Avenue (BACC) namun lebih 320 kakitangan di sini tidak ketinggalan untuk meraikan sambutan Hari Kemerdekaan ke 64, hari ini.

Bersiap seawal jam 6 pagi, pemberi vaksin atau vaksinator, S. Karthigah berkata, beliau tidak ketinggalan untuk mengenakan pakaian tradisi kaum India, sari sewaktu bertugas di PPV BACC.

Petugas dari pelbagai kaum bergambar sambil memakai pakaian tradisional untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-64 dengan memakai pakai Kebangsaan bertemakan kemerdekaan ketika di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Taman Bangi Avenue, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 31 OGOS 2021.

Menurut beliau, sambutan kemerdekaan kali ini amat berbeza buat dirinya kerana dapat bersama-sama rakan-rakan sekerja menyambut Hari Merdeka.

“Sambutan saya kali ini sangat istimewa kerana saya dapat bersama-sama semua vaksinator, para petugas di PPV BACC dan tahun ini lagi istimewa kerana kita kena jaga SOP.

“Ia sedikit rumit tetapi benda yang kita harus buat, ia agak mencabar,” kata wanita berusia 26 tahun itu kepada MalaysiaGazette.

Lengkap mengenakan sari kebanggaan beliau, Karthigah berkata. beliau tidak membataskan tugasnya sebagai vaksinator untuk menyambut Hari Kemerdekaan.

Jelasnya, walaupun terpaksa menunaikan tanggungjawab namun semangat patriotik tidak boleh diabaikan.

“Saya rasa terpilih untuk berada di sini sebab ramai yang nak duduk di tempat saya.

“Saya bersyukur kerana dapat berbakti untuk negara dan bangsa. Ia satu pengalaman yang sangat bernilai dan berharga bagi saya. Saya akan gunakan pengalaman ini untuk dikongsi bersama rakan-rakan lain,” katanya lagi.

Petugas, Ahmad Mukhlis Ameir, 37 bercakap kepada media mengenai sambutan Hari Kebangsaan yang ke-64 dengan memakai pakai Kebangsaan bertemakan kemerdekaan ketika di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Taman Bangi Avenue, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 31 OGOS 2021.

Bagi sukarelawan PPV BACC, Ahmad Mukhlis Ameir, 37, beliau ingin memartabatkan kembali budaya pemakaian baju Melayu.

Ujarnya, sebagai orang Melayu, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk menggiatkan usaha untuk memartabatkan kembali budaya yang semakin terhakis dek arus kemodenan.

“Saya selalu pakai, malah sebelum PKP pun saya selalu pakai.

“Saya akan tunjukkan budaya Melayu. Lepas subuh kita akan pakai pakaian ini.

“Saya pakai sebab semangat merdeka dan budaya orang Melayu, kalau kita tak naikkan martabat kita sebagai orang Melayu, sebab orang dahulu suka pakai tanjak.

“Kita nak martabat kembali apa yang orang malu nak pakai,” katanya.

Ditanya mengapa beliau mengorbankan cutinya untuk bersama-sama menyambut Hari Kemerdekaan di sini, Ahmad Mukhlis berkata, beliau mengambil tugas ini kerana rasa tanggungjawab seorang rakyat Malaysia.

“Kami ambil tugas ini supaya rakyat Malaysia lain boleh duduk rumah dengan selamat. Manakala kami bertugas untuk rakyat.

“Kita kena letakkan prinsip bahawa kita kena perangi Covid-19 supaya negara bebas daripada pandemik.

“Kita nak Malaysia bebas seperti dahulu balik,” katanya lagi.

Petugas, Muhammad Kamil Afiq Masril, 27 bercakap kepada media mengenai sambutan Hari Kebangsaan yang ke-64 dengan memakai pakai Kebangsaan bertemakan kemerdekaan ketika di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Taman Bangi Avenue, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 31 OGOS 2021.

Nada sama dizahirkan bekas usahawan, Muhammad Kamil Afiq Masril.

“Tanggungjawab kita sebagai rakyat Malaysia jadi saya ambil peranan untuk jadi sukarelawan di PPV BACC ini sebab bukan semua orang nak datang sini. Mereka ada kerja lain jadi saya datang kesini untuk bantu capai immuntii kelompok,” katanya yang berumur 27 tahun yang bertengkolok dan berbaju Melayu lengkap bersampin.

Petugas, Maizatul Anisah Zakaria, 23 bercakap kepada media mengenai sambutan Hari Kebangsaan yang ke-64 dengan memakai pakai Kebangsaan bertemakan kemerdekaan ketika di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Taman Bangi Avenue, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 31 OGOS 2021.

Bagi Maizatul Anisah Zakaria berkata, beliau berbangga untuk mengenakan baju kurung.

Menurut pelajar jurusan kejuruteraan dari Universiti Malaysia Pahang (UMP) berusia 23 tahun itu, sebagai orang Melayu, beliau harus mempamerkan budaya Melayu yang kian dihakis kemodenan.

Ujarnya, adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk memartabatkan lagi budaya tradisi Melayu terutama pada Hari Kemerdekaan.

“Saya pakai baju kurung ini sebab nak wakilkan orang Melayu sebab kita sudah jarang nampak orang pakai baju kurung.

“Jadi teknologi sekarang buat ktia jadi moden dan stail kita sudah berubah jadi saya mahu kekalkan budaya pakai baju kurung pada hari Merdeka.

“Saya tinggalkan keluarga saya 10 adik beradik di rumah sebab saya nak kerja di sini membantu menyenangkan kerja untuk vaksinasi. Saya bantu dari segi kerja-kerja sukarelawan di PPV BACC,” katanya lagi.

Petugas, Ooi Ching Yee, 26 sibuk melakukan kerja sambil memakai pakaian tradisional Cheongsam untuk memeriahkan sambutan Hari Kebangsaan yang ke-64 dengan memakai pakai Kebangsaan bertemakan kemerdekaan ketika di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Taman Bangi Avenue, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 31 OGOS 2021.

Ahli farmasi Ooi Ching Yee, 26 yang memakai cheongsam berkata, dia amat berbangga mengenakan pakaian tradisi Cina itu.

Katanya, semua bangsa di negara ini perlu mengekalkan perpaduan yang telah dibina lebih 64 tahun oleh golongan terdahulu.

“Saya sangat bangga kerana negara kita ada pelbagai bangsa dan kita boleh pakai pelbagai pakaian kebangsaan masing-masing.

“Saya rasa gembira sebab masa ini kita tidak buat apa-apa, jadi lebih baik saya jadi sukarelawan,” katanya lagi.

Ketua pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Dr Siti A’iasah Hashim bercakap kepada media mengenai sambutan Hari Kebangsaan yang ke-64 dengan memakai pakai Kebangsaan bertemakan kemerdekaan ketika di Pusat Pemberian Vaksin (PPV) Bangi Avenue Convention Centre (BACC), Taman Bangi Avenue, Selangor. Foto MOHD ADZLAN, 31 OGOS 2021.

Sementara itu, Ketua Pengarah Agensi Nuklear Malaysia, Dr Siti A’iasah Hashim berkata, aktiviti sebegini mampu melepaskan tekanan bekerja.

Menurut beliau, program ini juga mampu untuk menceriakan suasana di PPV.

“Memang ini atas inisiatif mereka sendiri dan di sini kita nampak agak meriah sebab bilangan penerima vaksin semakin kurang dan ada kelegaan kepada kami untuk bergembira menyambut hari kemerdekaan.

“Ini macam cara kami buang stress sebab kalau ikutkan kerja 7.30 pagi balik sampai 9 malam, jadi kalau ada acara seperti ini ia boleh buang stress kali.

“Paling mudah dan tidak mengganggu tugas kami adalah memakai pakaian berbeza sedikit dari kebiasaan. Pakaian kebangsaan akan mencerminkan kebudayaan negara ini,” katanya kepada MalaysiaGazette.

Malah katanya bagi 320 petugas di PPV ini, biarpun bekerja pada cuti umum, namun semangat patriotik harus terus dicerminkan.

“Kami berkhidmat untuk negara jadi ini adalah pengorbanan dan kami tahu bahawa Covid-19 adalah sesuatu yang kita tidak nampak.

“Peperangan menerangi Covid-19 tidak akan terputus. Tidak ada hari cuti kecuali apabila ada keperluan untuk berehat.

“Pada kami tanggungjawab telah diberikan dan kami perlu menunaikan tanggungjawab dan amanah ini kepada kami yang bertugas,” katanya lagi. – MalaysiaGazette