Datuk Seri Mahdzir Khalid full boarding school MARA Junior Science College MRSM Sultan Azlan Shah Kuala Kangsar Perak punching bag bully bullies
Datuk Seri Mahdzir Khalid

PUTRAJAYA – Pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) berjumlah RM3.1 bilion yang bermula 6 hingga 10 September ini menunjukkan tanda keprihatinan kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Menteri Pembangunan Luar Bandar, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata, langkah itu mencerminkan kecaknaan Perdana Menteri dan kerajaan terhadap rakyat berpendapatan rendah selaras dengan konsep kita sebagai satu Keluarga Malaysia.

“Penyaluran BKC dilihat sebagai tepat pada masanya dalam usaha kerajaan meringankan beban pengguna yang terkesan dengan wabak pandemik Covid-19.

“Penduduk luar bandar berjumlah 7.61 juta orang tergolong dalam kumpulan miskin tegar, B40 dan M40 akan menikmati manfaat ini.

“Pembayaran BKC menunjukkan kerajaan menunaikan janjinya sebelum ini yang diumumkan melalui Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH),” katanya pada sidang media di pejabat Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) hari ini.

Terdahulu Perdana Menteri dalam satu kenyataan mengumumkan bayaran BKC yang sepatutnya dilaksanakan pada Ogos lalu disegerakan bermula 6 hingga 10 September ini bagi Fasa 1.

Seramai 10 juta penerima terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan akan mendapat manfaat itu

BKC merupakan sebahagian daripada inisiatif PEMULIH, selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

Pada 28 Jun 2021, kerajaan telah mengumumkan Pakej PEMULIH sebagai inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik Covid-19.

Mahadzir turut berharap, bayaran BKC diharapkan dapat membantu rakyat yang terkesan dengan Covid-19 dan pelaksanaan Pelan Pemulihan Negara (PPN) sejak tiga lalu.

“Diharapkan dengan pembayaran bantuan tersebut, akan dapat melegakan dan sedikit sebanyak meringankan beban perbelanjaan dan kos sara hidup golongan penerimanya,”katanya lagi. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Bayaran fasa satu Bantuan Khas Covid-19 (BKC) mulai 6 Sept

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast