BKC payment Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob in a virtual discussion with Finance Minister Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.
Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob in a virtual discussion with Finance Minister Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz. Ismail Sabri Yaakob ketika mengadakan perbincangan dengan Menteri Kewangan, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri hari ini mengarahkan Kementerian Kewangan menyegerakan pembayaran Bantuan Khas Covid-19 (BKC) yang sepatutnya dilaksanakan bulan lalu.

Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, susulan itu dana berjumlah RM3.1 bilion telah disalurkan kepada institusi perbankan yang berkaitan.

Beliau berkata, proses pengkreditan Fasa 1 akan bermula pada 6 September 2021 dan dijangka selesai pada 10 September 2021.

BKC akan memanfaatkan seramai 10 juta penerima yang terdiri daripada kategori miskin tegar, B40 dan M40 serta golongan bujang yang berkelayakan.

Bantuan itu merupakan sebahagian daripada inisiatif Pakej Perlindungan Rakyat dan Pemulihan Ekonomi (PEMULIH), selain bayaran tambahan kepada pakej rangsangan ekonomi.

Artikel berkaitan:

Pada 28 Jun 2021, kerajaan telah mengumumkan Pakej PEMULIH sebagai antara inisiatif pemberian bantuan menyeluruh kepada rakyat dalam mengharungi kesan akibat pandemik Covid-19.

Katanya, pembayaran seterusnya akan dilaksanakan mengikut jadual yang telah ditetapkan.

”Saya sentiasa peka terhadap keluh-kesah rakyat dan berharap pembayaran BKC ini sedikit sebanyak mampu meringankan beban rakyat yang terkesan akibat Covid-19.

”Kerajaan terus komited dalam memastikan kesejahteraan Keluarga Malaysia terutamanya kumpulan sasar,” ujar beliau. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast