Operasi pemindahan perubatan melibatkan 17 kontak rapat pesakit Covid-19 di Pulau Tioman menggunakan KM Tatau baru-baru ini.

ROMPIN – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) Pahang membantu memindahkan seramai 17 kontak rapat pesakit Covid-19 menggunakan Kapal Maritim (KM) Tatau dari Pulau Tioman ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading pada Selasa lalu.

Pengarahnya, Laksamana Pertama Maritim Datuk Amran Daud berkata, bantuan tersebut merupakan arahan dari Kementerian Kesihatan Malaysia untuk mengkuarantin pesakit di Pusat Kuarantin Kuala Rompin bagi aktiviti pemantauan lanjut.

Bantuan melalui operasi pemindahan perubatan (MEDEVAC) itu dilakukan selepas pihaknya dihubungi Pejabat Klinik Kesihatan Pulau Tioman bagi mengatur seerta melaksanakan bantuan tersebut.

ARTIKEL BERKAITAN :

Maritime Network sumbang dua kontena simpan jenazah pesakit Covid-19

Maritim Pahang rampas tujuh set bubu naga

APMM bantu pindahkan 3 pesakit Covid-19 dari Pulau Aur

“KM Tatau yang beroperasi di sekitar perairan Pulau Tioman dengan kesemua pegawai dan anggota lengkap berpakaian perlindungan diri (PPE) telah ke Pulau Tioman bagi melaksanakan khidmat MEDEVAC itu.

“KM Tatau tiba di lokasi pemindahan kira-kira jam 12.00 tengahari dan terus memindahkan 17 kontak rapat Covid-19 untuk dibawa ke Jeti Pos Maritim Teluk Gading dengan perjalanan mengambil masa sekitar tiga jam,” katanya menerusi kenyataan media hari ini.

Susulan itu, kapal dan anggota Maritim Malaysia yang bertugas kemudiannya turut disanitasi dengan bantuan daripada Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia. – MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast