Pelakon Ellie Suriaty Omar.

KUALA LUMPUR – Pelakon dan pengarah popular, Ellie Suriaty Omar mengesahkan dua orang anaknya iaitu Azrell Omar Iskandar dan Nur Azreen telah membuat laporan polis untuk menolak pengambilan vaksin.

Perkara tersebut telah dikongsikan sendiri oleh Ellie menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya.

“Ya mereka anak saya, Azrell Omar Iskandar 17 tahun dan Nur Azreen 12 tahun bersama seorang sahabat mereka Hanif 17 tahun telah membuat report polis sebagai covering report berkenaan hak individu untuk menolak vaksin experimental covid19 ke atas pelajar sekolah berumur antara 12 – 17 tahun. Tarikh 30 Ogos 2021 jam 2.30 petang.

“Merdeka 31 Ogos 2021. Saya mendidik anak-anak supaya berani menghadapi hidup. Jangan takut dengan Fitnah Akhir Zaman. Nilai kehidupan tidak boleh di beli dengan tawaran sepotong roti atau segunung emas. Tauhid. Harapan hanya Pada ALLAH SWT,” tulisnya.

Sebelum ini, media melaporkan dua remaja lelaki dan seorang kanak-kanak perempuan telah membuat laporan polis bagi menyatakan hak mereka untuk menolak suntikan vaksin Covid-19 yang mahu dilaksanakan kerajaan terhadap pelajar sekolah.

Seorang remaja terbabit yang berusia 17 tahun berkata dia memutuskan untuk membuat laporan polis itu kerana tidak mahu mengambil vaksin atas alasan bimbang berlaku perkara tidak diingini terhadap dirinya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast