Suspek (tengah) diiringi polis untuk mendapatkan perintah sambungan reman di Mahkamah Bukit Mertajam hari ini.

JAWI – Perintah reman terhadap lelaki yang terlibat dalam kes rogol, liwat serta bunuh seorang wanita di Taman Seruling Emas, Sungai Jawi di sini disambung enam hari lagi.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Suprintendan Lee Chong Chern berkata, suspek berusia 29 tahun itu disambung reman sehingga 10 September ini bagi membantu siasatan.

“Permohonan reman terhadap suspek dibuat di Mahkamah Majistret Bukit Mertajam hari ini dan dia ditahan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu bunuh,” katanya kepada MalaysiaGazette hari ini.

MalaysiaGazette pada 29 Ogos lalu melaporkan Polis Pulau Pinang berjaya menyelesaikan satu kes rogol, liwat dan bunuh seorang wanita dalam tempoh kurang tiga jam.

A woman was raped, sodomised and murdered at her house in Taman Seruling Emas, Sungai Jawi Penang, last night. rape sodomy murder
Polis mengangkat mayat mangsa untuk dihantar ke Hospital Seberang Jaya pada Sabtu lalu.

Pembunuhan itu terbongkar selepas orang awam serta jiran mangsa melihat seorang lelaki mencurigakan di halaman kediaman dua tingkat mangsa di Taman Seruling Emas, Sungai Jawi di sini.

Mayat kerani itu ditemui di bawah katil dalam keadaan tidak berbaju selepas pihak keluarga meminta bantuan polis membuat pemeriksaan di kediaman tersebut susulan tiada kelibat mangsa.

Susulan itu, pihak polis berjaya menahan suspek yang bersembunyi kira-kira enam kilometer dari lokasi kejadian. – MalaysiaGazette

ARTIKEL BERKAITAN:

Mayat mangsa rogol, liwat ditemui bawah katil