Friday, April 26, 2024
Home Sukan Jersi Ronaldo nombor 7 catat jualan RM187 juta

Jersi Ronaldo nombor 7 catat jualan RM187 juta

Foto https://www.manutd.com/.

LONDON – Manchester United telah mencatatkan keuntungan bersih jualan jersi Ronaldo 7 bernilai £32.5 juta dalam tempoh 12 jam, lapor Fox Sports.

United sebelum ini mengesahkan  Cristiano Ronaldo akan memakai jersi nombor 7 bagi musim 2021-22.
Ronaldo, yang memecahkan rekod jaringan terbanyak peringkat antarabangsa milik Ali Daei baru-baru ini kembali menyertai United daripada Juventus pada penghujung jendela perpindahan lalu.
Penyerang Portugal pernah memakai nombor ikonik itu dalam tempoh pertamanya di Old Trafford yang berakhir pada 2009.
Dia kemudian memakai jersi nombor 9 dalam musim pertamanya di Real Madrid sebelum kembali menyarung jersi nombor 7 selepas legenda kelab itu, Raul, berpindah menyertai Schalke setahun kemudian.
Sejak itu, Ronaldo hanya memakai jersi nombor 7, baik bersama Juventus mahupun skuad kebangsaan Portugal. – Fox Sports
""