Gambar Hiasan

JOHOR BAHRU – Kakitangan kontraktor Petronas di Kompleks Bersepadu Pengerang yang ditahan polis semalam, dipercayai menerima sumbangan orang ramai sebanyak RM91,000.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora berkata, lelaki berumur 45 tahun itu ditahan pada jam 10 malam tadi selepas dia hadir di Balai Polis Bayu Damai.

Dia kini ditahan reman selama empat hari.

Kisah kematian yang didakwa lelaki ini tular menerusi media sosial Whatsapp dan Facebook.

Lelaki ini mendakwa dia berdepan dengan ujian berat akibat kehilangan keluarga telah menarik simpati orang ramai untuk memberikan sumbangan derma yang dimasukkan ke dalam akaun bank miliknya.

Artikel berkaitan: Petronas sahkan kakitangan kontraktor ditahan

”Hasil siasatan mendapati mendapati suspek menyebarkan berita palsu 14 ahli keluarga meninggal dunia akibat Covid-19 bagi mendapatkan sumbangan derma sejak Jun lalu,” katanya dalam kenyataan di sini.

Suspek akan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu dan sabit kesalahan boleh dipenjara maksimum hingga 10 tahun serta sebatan dan boleh juga dikenakan denda.

Polis menasihat orang ramai supaya sentiasa berwaspada dan membuat penilaian sebelum membuat apa-apa sumbangan atau derma supaya tidak menjadi mangsa penipuan.- MalaysiaGazette

 

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast