KUALA LUMPUR – Petroliam Nasional Berhad (Petronas) mengesahkan seorang pekerja kontraktornya di Kompleks Bersepadu Pengerang telah ditahan pihak berkuasa untuk siasatan atas dakwaan palsu kehilangan ramai ahli keluarga disebabkan Covid-19.

Petronas dalam kenyataan mediannya berkata, pekerja itu juga ditahan bagi membantu siasatan pihak berkuasa terhadap sumbangan yang diterimanya susulan membuat dakwaan tersebut.

“Kami akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa dalam menjalankan siasatan,” kata Petronas.

Petronas berkata, syarikat itu tidak berkompromi dengan tindakan salah laku oleh mana-mana pekerja dan kontraktornya.

Ia selaras dengan dengan tata kelakuan dan etika perniagaan yang ketat (CoBE) semasa berkhidmat dengan Petronas dan kumpulan syarikat ini.

Sebelum ini tular di media sosial dakwaan seornag pekerja Petronas di Pengerang yang kehilangan 14 ahli keluarga termasuk isteri dan tiga orang anaknya selepas dijangkiti Covid-19 pada bulan Jun dan Julai.

Lima lagi anaknya bersama ibu, kakak dan abang ipar juga dua anak mereka turut meninggal dunia akibat virus itu.

Lelaki itu turut emohon sumbangan bagi meringankan bebannya.

Tunku Mahkota Johor dalam ciapannya berkata, beliau telah mendapat laporan penuh dari Pegawai Daerah, pihak atasan telah menasihatkan Petronas untuk mengeluarkan kenyataan rasmi mengenai perkara ini.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora mengesahkan menyiasat aduan penipuan 14 ahli keluarga meninggal dunia akibat Covid-19 yang tular di media sosial sejak kelmarin.

Kes itu diklasifikasikan dan disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast