Foto Facebook UiTM FC.

KUALA LUMPUR – Selepas Perak FC, UiTM FC turut tersingkir ke Liga Premuer selepas pasukan tercorot liga itu tewas 0-1 di tangan PJ City FC pada aksi di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Selangor malam tadi.

Skuad ‘The Lion Troops’ akhirnya terpaksa mengucapkan selamat tinggal kepada Liga Super apabila gagal mengulangi prestasi memberangsangkan seperti ditunjukkan musim lalu selepas dua musim tampil di Liga Super.

Sementara itu, kemenangan PJ City FC itu melegakan pengendalinya, P Maniam terutamanya selepas mereka tewas enam perlawanan berturut-turut sebelum ini.

Malah, skuad The ‘Phoenix’ turut menamatkan rekod tanpa kalah dalam tiga perlawanan yang dilakar UiTM FC sebelum ini namun berbaki dua perlawanan dalam tangan, UiTM FC masih boleh memintas Perak FC untuk perebutan slot terakhir ke Piala Malaysia.

The Phoenik kini melonjak ke tangga kelapan dalam liga.

Selepas ini, PJ City FC akan bertemu satu lagi seteru Lembah Klang, Selangor FC sementara UiTM FC akan beraksi buat kali terakhir dalam Liga Super menentang Sri Pahang FC. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast