Antonio Conte. Foto The Mirror.
LONDON – Tiada perjanjian secara lisan atau bertulis yang mengesahkan bekas pengurus Inter Milan, Antonio Conte akan mengambilalih Arsenal.
Malah sehingga kini, tiada kelab-kelab lain yang cuba untuk mendapatkan khidmat Conte setakat ini, kata pakar perpindahan bola sepak, Fabrizio Romano.
Nama Conte kini menjadi calon utama pengganti yang dikhabarkan bakal menjadi pengganti Mikel Arteta di Emirates.
Ini kerana selepas selepas tiga perlawanan pertama Liga Perdana Inggeris yang berakhir dengan kekalahan, Arteta kini jelas terdesak untuk membawa Arsenal kelaur daripada prestasi buruk yang mereka lalui setakat ini.
Pada musim lalu, Conte mencipta sejarah apabila Inter Milan menjulang Serie A sekali gus memecahkan dominasi Juventus yang merangkul kejuaraan untuk tempoh sembilan musim berturut-turut.

Conte juga dianggap antara pengurus yang cemerlang di Liga Perdana Inggeris apabila berjaya membawa Chelsea menjulang gelaran liga pada musim pertamanya di Stamford Bridge pada musim 2016/17.

Jurulatih berusia 51 tahun dari Lecce, Itali itu dilantik ke jawatan jurulatih Inter pada musim 2019 dan musim pertamanya di San Siro menyaksikan beliau hampir memberikan pasukan itu gelaran juara apabila menamatkan musim di kedudukan kedua ketinggalan satu mata sahaja di belakang juara, Juventus. – MalaysiaGazette