Gambar banduan yang melarikan diri daripada PKRC Dewan Arena Belia, Tawau.

TAWAU – Dua daripada tiga banduan yang melarikan diri dari Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Berisiko Rendah (PKRC) Dewan Arena Belia telah berjaya ditangkap hari ini.

Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas berkata, kedua-dua banduan berkenaan kini ditahan di lokap balai polis daerah itu.

Katanya, kedua-duanya merupakan warga Indonesia masing-masing dikenali sebagai Niko Matheus, 25 dan Hasyim Mubamada Syata, 34.

“Mereka kini ditahan di lokap Balai Polis Tawau dan disahkan bebas Covid-19 oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM),” katanya kepada MalaysiaGazette.

Sehingga kini tambah Peter, polis masih memburu seorang lagi tahanan lagi warga Filipina, Jimnajir Amnor berusia 23 tahun.

Semalam dilaporkan, polis giat memburu tiga tahanan warga asing yang melarikan diri dri PKRC Dewan Arena Belia, Jalan Utara.

Kesemua tahanan terbabit melarikan diri pada 12.30 tengah malam dengan mengumpil kunci pagar dan memecahkan pintu tandas sebelum memanjar pagar pusat kuarantin tersebut.

Susulan itu polis melakukan ‘Op Tutup dan Kesan’ di beberapa jalan utama sekitar daerah ini termasuk laluan laut.

Dua daripada tiga tahanan yang melarikan diri itu adalah banduan yang sudah didakwa dan dijatuhi hukuman oleh mahkamah atas kesalahan jenayah termasuk Seksyen 4(1)(c) Akta Rumah Judi Terbuka, Seksyen 457 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen manakala seorang lagi masih dalam perbicaraan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (reman).- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast