Tosrin Jarvanthi.

JOHOR BAHRU – Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAINJ) mengagihkan sebanyak 7,345 bakul makanan kepada keluarga memerlukan di seluruh negeri ini sehingga akhir bulan lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Tosrin Jarvanthi berkata, bakul makanan itu disalurkan dalam tempoh Fasa Pertama Pelan Pemulihan Negara (PPN) dengan peruntukan RM3 juta.

“Bantuan  ini  disalurkan  melalui  Pejabat MAINJ di  daerah  dan  juga  melalui  amil-amil  agihan  zakat  di  setiap  mukim.  Bagi  memudahan masyarakat  awam  membuat  permohonan  bantuan  ini,  MAINJ  juga  menyediakan  talian  hotline  di peringkat  ibu pejabat  dan  seterusnyanya  tindakan  bantuan  ini  akan  dilaksanakan  di  pe Agama  Islam  Daerah.

“Sehingga  kini  31  Ogos  2021  sebanyak  7,345 jumlah bakul  makanan  yang  telah disalurkan di seluruh negeri Johor. Bagi memperluaskan lagi agihan wang zakat untuk membantu mereka yang terjejas  dan terputus bekalan makanan dalam PKP  3.0,” berkata demikian ketika menjawab soalan Md Ysahrudin Kusni (PKR-Bukit Naning) pada sesi soalan lisan Persidangan Keempat Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor yang ke-14, hari ini.

Tosrin yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Permai berkata, MAINJ juga telah meluluskan peruntukan khas sebanyak RM3.53 juta, bagi memperluaskan lagi agihan wang zakat untuk membantu golongan terjejas dan terputus bekalan makanan ketika PPN Fasa Pertama.

Beliau berkata, sebanyak RM1.7 juta daripada jumlah itu telah disalurkan kepada 341 Gerobok Rezeki di masjid dan surau seluruh negeri ini dengan nilai RM5,000 setiap lokasi.

“Sumbangan kewangan RM1.6 juta pula disalurkan kepada masjid dan surau yang terjejas di Johor bertujuan membantu pengimarahan masjid dan surau yang terjejas terutama bagi menampung keperluan bil utiliti.

“Sumbangan  RM230,000.00  kepada  Pejabat  Daerah  di  seluruh  Johor  untuk  tujuan  Gerobok  Rezeki,” katanya.

Jelas beliau, kesemua sumbangan  yang  dilaksanakan, berjalan  setiap  hari  dan  MAINJ  komited  dalam  membantu masyarakat  yang  terjejas  disebabkan  PKP 3.0  ini. – MalaysiaGazette