Harris Alif dan Intan Ladyana.

KUALA LUMPUR – Spekulasi mengenai pelakon Intan Ladyana berbadan dua kini terjawab apabila suaminya memuat naik pendakwah popular, Ebit Lew mendoakan kandungan Intan.

Menerusi video dikongsikan itu, Ebit turut mendoakan rumah tangga pasangan itu kekal bahagia serta dikurniakan zurat yang soleh dan solehah.

“Mudah-mudahan selamat insya-Allah kandungan anak soleh solehah, zuriat sampai kiamat dan berbuat kebaikan atas dunia ini. Insya-Allah.. Allah sayang,” katanya.

Terdahulu, tular video jelas kelihatan bentuk baby bump pada bahagian perut Intan.

Bagaimanapun, sehingga kini masih tiada pengesahan daripada pasangan itu.

Pada 5 Februari lalu, Intan Ladyana, 38,  selamat diijabkabulkan dengan Harris Alif selepas setahun menjalinkan hubungan cinta. – MalaysiaGazette