Anggota bomba menggunakan peralatan khas untuk membuka pintu rumah mangsa.

GEORGE TOWN – Seorang lelaki ditemui mati dalam rumahnya di Kondominium Midlands, Pulau Tikus di sini, semalam .

Lelaki berusia 52 tahun itu ditemui dalam keadaan tidak sedar diri dalam rumah berkunci itu sebelum petugas kesihatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Pulau Pinang berkata, pegawai serta anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Bagan Jermal dikerahkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada jam 8.11 malam.

“Ketika tiba di lokasi, pihak bomba didapati pintu rumah berkenaan berkunci dari dalam.

“Anggota bomba memakai pakaian perlindungan diri (PPE) dan menggunakan peralatan khas bagi membuka pintu sebelum dapati mangsa berada di dalam bilik dalam keadaan tidak sedarkan diri,” katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Tambah PGO, mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.

“Operasi tamat sepenuhnya jam 1.08 pagi tadi,” katanya.

MalaysiaGazette difahamkan, mayat mangsa dihantar ke Hospital Pulau Pinang (HPP) dan proses bedah siasat akan dijalankan selepas keputusan calitan Covid-19 diperoleh. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast