KUALA LUMPUR – Berita baik berkaitan pembukaan semula gimnasium dan kebenaran sukan padang akan diumumkan tidak lagi.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, perkara tersebut telah dibincang dan diputuskan dalam sidang Majlis Keselamatan Negara (MKN) Covid-19 hari ini.
Permintaan @PejaOfPerak untuk ‘outdoor team sports’ adalah wajar. Menteri KBS memang prihatin terhadap sektor sukan.
“Tadi dibincang & diputuskan di sidang MKN COVID-19. Berita yang baik akan diumumkan,” katanya dalam ciapan di laman Twitter hari ini.
Pagi tadi Menteri Belia dan Sukan, Ahmad Faizal Azumu meminta KKM dan MKN mempertimbangkan pembukaan semula gimnasium dan membenarkan sukan padang.
Artikel berkaitan:
- Menteri KBS tanya pawagam sudah dibuka, gimnasium bila lagi?
- Sektor industri kreatif dibenarkan semula 9 September ini – PM
- Berita gembira untuk penggiat seni, industri kreatif – Annuar
Permintaan Ahmad Faizal itu berikutan keputusan MKN membenarkan panggung wayang dibuka selain beberapa aktiviti penggambaran juga dibolehkan dengan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) yang ketat.
Mengulas lanjut, Khairy berkata, @KKMPutrajaya bersama MKN akan menyediakan garis panduan pengudaraan (ventilation).
“Ini tidak akan mengambil masa yang panjang tetapi disebabkan aktiviti dalam pusat kecergasan, kita mesti menekankan keperluan pengudaraan. Sedang menyiapkan (garis panduan) segera,” katanya. – MalaysiaGazette