Ahmad Ibrahim

KUALA LUMPUR – Kelonggaran prosedur operasi standard (SOP) Fasa 1 bagi industri kreatif semalam adalah berita gembira yang sudah tentu memberi kelegaan kepada 19,000 syarikat berkaitan industri ini dan lebih sejuta penggiat seni memperolehi
semula peluang menjana pendapatan.

Persatuan Pengarah Filem Malaysia (FDAM) berkata, pengumuman yang memberi peluang kepada penggiat seni kembali bekerja adalah perkara yang ditunggu-tunggu.

Presidennya, Ahmad Ibrahim berkata, selepas lebih 3 bulan tidak bekerja, penggiat seni akhirnya dapat mencari rezeki semula.

”Buat masa ini, Kuala Lumpur dan Selangor masih dalam Pelan Pemulihan Negara (PPN) Fasa 1. Justeru, FDAM menasihati ahli dan penggiat seni lain agar sentiasa mematuhi SOP yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) apabila kembali bekerja pada 9 September ini.

”Mengikut SOP, semua penggiat seni yang lengkap dua dos vaksin dibenarkan bekerja di negeri-negeri yang berada dalam Fasa 1 PPN,” katanya.

Oleh yang demikian, merentas negeri masih tidak dibenarkan di bawah Fasa 1 PPN tetapi jika penggambaran perlu juga dilakukan di negeri berbeza, ia masih tertakluk untuk mendapat kebenaran polis.

Penggiat seni sebelum ini mempunyai pengalaman menjalani penggambaran dengan SOP yang ketat dan ia tidak memberi masalah pada pengarah, pelakon dan kru produksi untuk patuh.

Namun, terdapat satu dua kes artis yang terkena Covid-19 kerana berpindah ke lokasi penggambaran berbeza tetapi jumlah tersebut hanya kecil.

FDAM turut dan memuji Tan Sri Annuar Musa dalam membuat keputusan dengan cepat, peka dan prihatin terhadap nasib pekerja dalam industri kreatif. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast