Foto Instagram Fauziah Nawi.

KUALA LUMPUR – Pelakon veteran popular, Fauziah Nawi mendedahkan bahawa terdapat penerbit yang mengambil pelakon yang masih belum mendapatkan suntikan vaksin.

Perkara berkenaan telah dinyatakan sendiri oleh pelakon berkenaan menerusi satu posting di akaun Instagram miliknya.

“Bukan lagi rahsia ada produser yang guna pelakon yang tak vaksin langsung. Tapi semua buat bodoh diamkan saja.

“Tapi bila ada yg mendabik dada boleh shooting tanpa vaksin dan siap cakap jangan jealous. Rezeki Allah. Kan ke sengaja cari pasal?” soalnya.

Pada masa sama, Fauziah juga mahu supaya penerbit tidak mementingkan diri sehingga boleh mengakibatkan kebenaran untuk penggambaran ditarik balik.

“Kalau pihak #KKM #MKN #FINAS buat serbuan siapa nak jawab? Fikirkan kawan-kawan yang masih ramai tak bekerja.

“Apa jadi jika kebenaran shooting ditarik balik? Jangan pentingkan diri,” ujarnya. – MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast