M. Kula Segaran Members of Parliament buying MPs MP support Perikatan Nasional PN MACC logo Datuk taxi company owner bribery UMNO legal advisor Paul Geoffrey Stadlen MACC 1MDB scandal Mohd Hafarizam Harun Malaysian Anti-Corruption Commission
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Gambar hiasan.

KUALA LUMPUR – Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menahan dua individu termasuk seorang penjawat awam hari ini dipercayai menerima suapan RM18,000 daripada sebuah syarikat pembekal baja.

Menurut sumber, ia sebagai balasan membantu syarikat itu mendapatkan kerja-kerja pembekalan baja cecair organik bernilai lebih RM140,000 kepada sebuah pertubuhan peladang di Selangor.

Suspek bersama seorang lagi individu berusia 50-an ditahan di pejabat SPRM Selangor, kira-kira 3 petang tadi.

Sementara itu, Pengarah SPRM Selangor, Datuk Alias Salim ketika dihubungi mengesahkan penahanan kedua-dua lelaki tersebut.

Kes disiasat di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (ASPRM) 2009.

Beliau berkata, kedua-dua suspek dijangka dibawa ke Mahkamah Majistret Shah Alam Selangor untuk permohonan reman, 9 pagi esok. – MalaysiaGazette