Foto Mirror.uk.com

WARSAW – England terlepas peluang melayakan diri lebih awal ke Piala Dunia 2022 di Qatar selepas seri 1-1 dengan Poland seri 1-1 di sini awal pagi tadi.

Namun The Three Lions masih mendahului Kumpulan I dengan kelebihan empat mata ke atas Albania dan lima mata mengatasi Poland.

Harry Kane meletakkan England di depan ketika permainan berbaki 18 minit tetapi Szymanski memastikan satu mata buat Poland dengan gol penyamaan dalam masa kecederaan selepas menanduk masuk hantaran Robert Lewandowski.

Peluang England layak ke Qatar terbuka luas buat anak buah Gareth Southgate jika mencapai kemenangan menentang Andorra dan San Marino yang menanti dalam baki empat perlawanan.

Buat pertama kali sejak separuh akhir Euro 96, Southgate tidak melakukan sebarang pertukaran pemain.

Keputusan aksi kelayakan Piala Dunia 2022 zon Eropah awal pagi tadi.

Kumpulan B

Kosovo 0 Sepanyol 2

Greece 2  Sweden 1

Kumpulan C

Itali 5  Lithuania 0

Kumpulan E

Belarus 0 Belgium 1

Wales 0 Estonia 0

Kumpulan I

Hungary 2Andorra 1

Albania 5  San Marino 0

Poland 1  England 1

Kumpulan J

Armenia 1 Liechtenstein 1

Macedonia Utara 0 Romania 0

Iceland 0 Jerman 4.- MalaysiaGazette

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast