KUALA LUMPUR – Kedah Darul Aman (KDA FC) terpaksa berhempas pulas untuk sekadar mencatat keputusan seri 3-3 menentang UiTM FC di Stadium Darul Aman, Alor Star malam tadi.
Ketiadaan beberapa pemain utama termasuk Kpah Sherman dan Rabih Ataya yang perlu berkidmat untuk skuad kebangsaan masing-masing jelas memberi impak kepada anak buah Aidil Sharin Sahak.
Bagaimanapun, keputusan itu sudah cukup untuk meletakkan mereka kembali di tangga kedua Liga Super selepas mengumpul 40 mata dengan kelebihan gol mengatasi Penang FC.
Perlawanan terakhir liga hujung minggu ini pasti menarik untuk menentukan siapa naib juara Liga Super musim ini di antara KDA dan Penang FC. – MalaysiaGazette
















