Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hadir ke mahkamah sebagai saksi kes pemalsuan dokumen bekas Menteri Pembangunan Infrastruktur Sabah, Datuk Peter Anthony di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur. Foto SYAFIQ AMBAK, 19 MEI 2021.-Gambar fail.

PUTRAJAYA – Mahkamah Rayuan di sini hari menolak permohonan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib RazakĀ  membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi yang mengarahkannya membayar RM1.69 bilion tertunggak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Selain Najib, anak lelakinya, Datuk Mohd Naziffuddin juga gagal dalam membatalkan keputusan ke atasnya berhubung tuntutan saman cukai yang dibuat ke atas mereka.

Mahkamah Rayuan dalam penghakiman ringkas telah menolak permohonan mereka yang masing-masing bernilai RM1.69 bilion dan RM37.6 juta.

Untuk makluman undang-undang sivil mahkamah dibenarkan membuat penghakiman ringkasan bagi sesuatu memutuskan hal perundangan tanpa menjalani persidangan penuh.

LHDN ketika ini sedang menunggu proses kemuflisan ke atas Najib dan Nazifuddin dalam permohonan mereka di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur namun bergantung kepada ringkasan keputusan berkenaan untuk proses tersebut.

Pada 22 Julai tahun lalu, Mahkamah Tinggi memutuskan Najib perlu membayar tunggakan cukai tambahan LHDN bagi tempoh 2011 hingga 2017 berjumlah RM1.69 bilion selepas membenarkan permohonan LHDN untuk memasukkan penghakiman terus terhadapnya.

Penghakiman terus ialah apabila mahkamah memutuskan kes tertentu melalui hujahan tanpa mendengar keterangan saksi dalam perbicaraan.

Najib kemudiannya memfailkan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi itu di Mahkamah Rayuan.

Mengikut Seksyen 103 (2) Akta Cukai Pendapatan 1967 (ITA), seseorang yang diperintahkan membayar taksiran itu perlu menjelaskan bayaran itu kepada LHDN walaupun rayuan difailkan.

Pada 4 Februari lalu kerajaan melalui LHDN memfailkan notis kebankrapan di Mahkamah Tinggi di Kuala Lumpur terhadap Najib selaku penghutang kerana gagal membayar cukai pendapatan berjumlah RM1.69 bilion yang ditetapkan Mahkamah Tinggi.

Pada 14 Jun Mahkamah Tinggi menolak permohonan Najib untuk menggantung pelaksanaan perintah bahawa beliau perlu membayar cukai tertunggak sebanyak RM1.69 bilion kepada LHDN. – MalaysiaGazette

1 Komen

Comments are closed.