Cristiano Ronaldo bakal menyarung jersi no 7. via Getty Images

LONDON – “Saya bukan datang ke Old Trafford untuk bercuti, tetapi untuk menyampaikan mesej jelas bahawa saya sudah bersedia”.

Itu mesej rasmi dari Cristiano Ronaldo, bintang Portugal yang menjadi pujaan dunia selepas menandatangani kontrak dua tahun bersama the Red Devils pada hari Khamis ditemani Pengurusnya Ole Gunnar Solskjaer yang suatu ketika dulu menjadi rakan sepasukan pada 2003.

Malah Newcastle United bakal menjadi pasukan pertama yang akan berdepan ujian asakan daripada superstar bola sepak itu di Old Trafford menjelang aksi Liga Perdana Inggeris pada malam Sabtu.

the Theatre of Dreams adalah tempat yang mentrasnformasikan Ronaldo daripada remaja mentah kini kembali semula ke Old Trafford sebagai superstar dunia hari ini.

Ronaldo akan menyarung jersi nombor ikonik 7, sekali gus memberi mesej amaran awal kepada seteru kuat kelab itu dia sudah bersedia membawa kelabnya untuk mencabar dan menjulang gelaran EPL musim ini.

Ronaldo dijangka menjaringkan rekod gol ke 119 dalam aksi pertama malam Sabtu ini.

Musim lalu Ronaldo telah menamatkan saingan LIga Serie A Itali bersama Juventus dengan menjaringkan 36 gol.

Seorang lagi penyerang legenda Man United, Wayne Rooney yang terkejut dengan kepulangan Ronaldo menjelaskan mentaliti Ronaldo akan mengalahkan pemain muda sedia ada di atas padang untuk mengejar kemenangan dan jaringan gol.

“Saya rasa kehadiran Ronaldo memberi mesej jelas dia akan menjaringan banyak gol dan kelab ini sudah bersedia untuk mencabar dan merangkul gelaran EPL kali ini,” katanya.-Dailymail.com

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast