Seorang penunggang motosikal maut setelah terlibat dalam satu kemalangan di Kilometer 58, Jalan Jementah - Muar kira-kira pukul 2.30 petang semalam.

SEBERANG PERAI – Majikan sebuah kilang plastik di Tingkat Perusahaan Perai di sini, dikompaun semalam selepas didapati membenarkan pekerjanya yang masih dalam tempoh kuarantin hadir ke tempat kerja.

Bertindak atas maklumat awam, sepasukan polis dari Balai Polis Perai melakukan pemeriksaan di kilang berkenaan pada jam 7.50 malam.

MalaysiaGazette difahamkan, hasil pemeriksaan secara rawak mendapati kira-kira lima pekerja warga asing yang sepatutnya menjalani kuarantin sedang bekerja dalam kilang berkenaan.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Asisten Komisioner Shafee Abd Samad berkata, semakan mendapati lelaki itu telah melanggar peraturan yang ditetapkan Kementerian Kesihatan (KKM).

Shafee.

“Susulan itu, pihak polis mengeluarkan kompaun lelaki berkenaan namun nilai kompaun ditentukan oleh pihak KKM.

“Lelaki itu didapati melanggar Peraturan 16 Akta Pencegahan dan Kawalan Peraturan Penyakit Berjangkit (Langkah-Langkah di Kawasan Tempatan yang Dijangkiti) 2021,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sehubungan itu, Shafee mengingatkan majikan untuk terus mematuhi arahan yang ditetapkan KKM bagi mengelak berdepan sebarang tindakan undang-undang termasuk kompaun. – MalaysiaGazette