Baru Bian
Baru Bian

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Selangau, Baru Bian positif Covid-19 dan tidak dapat hadir Sidang Dewan Rakyat esok.

Beliau terpaksa dikuarantin di kediamannya di Sarawak sehingga 21 September ini.

“Saya mengalami gejala selesema ringan dan mengalami demam ringan sejak Jumaat lepas dan telah berkurangan semalam.

“Saya percaya vaksinasi yang saya terima beberapa bulan lalu telah mencegah kesan lebih serius yang memerlukan saya dimasukkan ke hospital,” ujarnya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu Baru menjalani ujian RT-PCR mandatori tiga hari sebelum Sidang Parlimen baru-baru ini dan dikesan positif Covid-19.- MalaysiaGazette