Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah PM9 new Prime Minister motion of confidence
Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah.

KUALA LUMPUR -Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah bertitah pelantikan  Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri adalah dengan kerelaan dan tanpa paksaan.

Baginda berpuas hati selepas Ismail Yaakob mendapat sokongan 114 ahli Parlimen dan jumlah itu cukup majoriti untuk membentuk kerajaan

Seri Paduka bertitah, Baginda kemudian berkenan melantik Ismail Sabri sebagai Perdana Menteri selaras Perlembagaan Persekutuan.

Yang di-Pertuan Agong bertitah demikian dalam Istiadat Pembukaan Penggal Keempat Majlis Parlimen Ke-14 2021 hari ini.

Dalam pada itu, Seri Paduka menzahirkan penghargaan kepada Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai Perdana Menteri sebelum ini dan barisan Jemaah Menteri yang menerajui negara. – MalaysiaGazette

2 Komen

  1. Perlu ke lagi buat undi percaya, kalau agong sudah bertitah? Kalau tidak puas hati YB semua boleh terus tanya agong

  2. bertambah kecewa dan P unah H arapAN Pakatan HANCING….CALON PM kitar SEMULA ANWARFIKUN GAGAL JADI PM dan GAGAL buat undi percaya…..ANWAR HILANG keABSAHAN sebagai pres Parti dan Ketua Pembangkang….AKHIRNYA tohmahannya Balik Ke Batang HIDUNG sendiri dan puaknya.

Comments are closed.