Foto Facebook Johor Southern Tigers.

KUALA LUMPUR – Pemilik Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim menetapkan disiplin tinggi yang menjadi faktor utama skuad Harimau Selatan terus mencipta kejayaan demi kejayaan.

Beliau yang Tunku Mahkota Johor (TMJ) mendedahkan JDT mempunyai polisi dan undang-undang tersendiri bagi memastikan disiplin dan etika kerja pemain mereka sentiasa terjaga.

Tunku Ismail menjelaskan, pemain dan jurulatih mereka akan didenda sekiranya didapati melakukan ‘kesalahan’ yang melanggar polisi kelab termasuklah lewat menghadiri sesi latihan ataupun menyalahgunakan media sosial.

“Kalau pemain salah guna media sosial, denda RM40,000 dan itu ada dalam kontrak pemain. Sebab kita ada etika kerja. Kalau lewat ke sesi latihan, denda RM15,000, tiada main-main dalam JDT. Akhyar Rashid pernah lewat sekali pun kena denda juga.

“Isteri salahguna dan tidak kawal media sosial yang boleh mencemarkan nama kelab, pemain akan kena denda. Kalau jurulatih lewat pun, pengurus akan denda kerana jurulatih kena ada dua jam sebelum latihan.

“Kalau gaji tak cukup, (pemain) berhutang,” kata Tunku Ismail menerusi rancangan Bola@Mamak malam tadi. – MalaysiaGazette