KUALA LUMPUR – Penyatuan bersama Sabah dan Sarawak berjaya membina Keluarga Malaysia yang aman dan harmoni.

Bersempena Hari Malaysia, Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengimbas kembali hasil kemerdekaan Tanah Melayu 64 tahun lalu lalu seterusnya membentuk Malaysia enam tahun kemudiannya bersama bumi di bawah bayu dan bumi kenyalang.

Justeru beliau berharap agar seluruh rakyat Malaysia memperkukuhkan semangat perpaduan antata satu sama lain.

“Kisah perjalanan Malaysia yang tercinta ini, penuh dengan lembaran yang berwarna-warni. Malaysia bermula hasil kemerdekaan Tanah Melayu 64 tahun lalu, sebelum terbentuk Malaysia enam tahun kemudian, bersama-sama Sabah dan Sarawak.

“Biarpun terpisah dengan Laut China Selatan, penyatuan bersama Sabah dan Sarawak berjaya membina Keluarga Malaysia yang tinggal harmoni di dalamnya.

“Kita perkukuhkan semangat perpaduan seluruh rakyat dari Semenanjung, Sabah dan Sarawak sebagai Keluarga Malaysia berjaya dan dihormati.

“Kita mewarnai Keluarga Malaysia dengan warna warni penyatuan, penghormatan dan rasa bangga untuk ibu pertiwi.
Keluarga Malaysia yang amat saya sayangi, Selamat Hari Malaysia!” katanya menerusi laman Facebook hari ini.-MalaysiaGazette