Orang awam yang disyaki positif Covid-19 hadir seawal pagi bagi melakukan penilaian kesihatan di Pusat Penilaian COVID-19 (CAC), Dewan Serbaguna Pelabuhan Klang. Foto MOHD ADZLAN, 01 OGOS 2021. - Gambar hiasan

KUALA LUMPUR – Bilangan kes positif harian Covid-19 hari ini menurun kepada 18,815 kes berbanding 19,495 kes yang dilaporkan semalam.

Penurunan sebanyak 680 kes itu sekali gus menjadikan bilangan jumlah kumulatif kes positif Covid-19 dalam negara sebanyak 2,049,750 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, Sarawak yang mencatatkan 4,709 kes semalam turut merokodkan penurunan kepada 3,660 kes pada hari ini dengan jumlah kumulatif 170,672 kes positif Covid-19 di negeri itu.

Manakala Selangor yang merekodkan 2,710 kes semalam menunjukkan peningkatan sedikit pada hari ini kepada 2,718 kes dengan Lembah Klang merekikan jumlah kumulatif sebanyak 651,640 kes.

Satu lagi negeri yang mencatatkan kes harian melebihi paras 2,000 kes pada hari ini adalah Johor iaitu 2,206 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 172,291 kes.

Lima negeri merekodkan kes positif harian di bawah paras 2,000 iaitu Sabah (1,982), Pulau Pinang (1,777), Perak (1,446), Kedah (1,233) dan Kelantan (1,222).

Lapan negeri merekodkan kes harian positif Covid-19 di bawah paras 1,000 ialah Terengganu (814), Pahang (712), Kuala Lumpur (493), Melaka (269), Negeri Sembilan (170), Perlis (80), Putrajaya (22) dan Labuan (11). – MalaysiaGazette