Xinhua previously said, 84 people were taken to hospital for treatment following the blast.

ISLAMABAD – Sembilan orang terbunuh dan 20 yang lain cedera dalam tembakan antara dua kumpulan ketika menghadiri sesi Jirga (majlis komuniti) dalam mahkamah puak tempatan di daerah Upper Dir barat laut Pakistan pada hari Isnin.

Kejadian itu berlaku ketika kumpulan itu berkumpul untuk menyelesaikan perselisihan faham mengenai jalan raya yang akan dibina di atas sebidang tanah, kata Laal Bahadar, pegawai polis di Barawal kepada Xinhua.

“Semasa perbicaraan berlangsung, perbincangan semakin sengit antara kedua-dua kumpulan

“Keadaan tegang dan masing-masing mula memegang senjata dan melepaskan tembakan,” katanya.

Polis bergegas ke lokasi berikutan kejadian itu dan dalang kejadian itu sedang dikenal pasti oleh polis.

Lima daripada mereka yang cedera dilaporkan kritikal.

Polis mendakwa, penduduk di dua perkampungan itu, Sher Jan Kalay dan Sago Kalay, telah lama mempertikaikan pemilikan sebidang tanah.

Pertikaian itu meletus setelah beberapa penduduk kampung saling bertengkar. – Agensi

IKUTI KAMI DI MEDIA SOSIAL

Facebook : Malaysia Gazette
X : @malaysiagazette
Instagram : @malaysiagazette
Youtube MG : MalaysiaGazette TV
Youtube MGFlash : MG Flash
TikTok : Malaysia Gazette
Threads : Malaysia Gazette
Whatsapp Channel : Malaysia Gazette
Telegram : Malaysia Gazette
Spotify : MG Podcast